Pejabat Liew buat laporan polis artikel Raja Petra

Pejabat Liew buat laporan polis artikel Raja Petra

Pejabat timbalan menteri pertahanan berkemungkinan mempertimbangkan bagi mengemukakan tindakan saman sivil.

KUALA LUMPUR: Wakil pejabat timbalan menteri pertahanan membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin berhubung dakwaannya yang Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong terlibat dalam membawa masuk abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng baru-baru ini.

Pegawai Media, Izmil Amri Ismail berkata dakwaan itu dibuat menerusi artikel “The Fake Ashes Of Chin Peng” pada Selasa.

Katanya, artikel mendakwa Liew adalah individu di sebalik perancangan menyeludup masuk abu Chin Peng sebelum pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai diadakan.

Laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 10.30 pagi tadi.

“Pejabat timbalan menteri pertahanan berkemungkinan mempertimbangkan bagi mengemukakan tindakan saman sivil selepas perbincangan bersama peguam,” katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi hari ini.

Menurut Izmil, “fitnah” yang dilakukan Raja Petra bertujuan mengalihkan tumpuan umum daripada isu utama minggu ini termasuk pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.