Penyokong sambut Azmin dengan baju “Team AA”, laungan “Hidup Azmin”

Penyokong sambut Azmin dengan baju “Team AA”, laungan “Hidup Azmin”

Seramai 200 orang bersorak apabila Azmin tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Penyokong Azmin Ali bergaya dengan baju khas ‘Team AA’ ketika menyambut kedatangan timbalan presiden PKR itu.
AYER KEROH:
Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali tiba di majlis perasmian kongres Pemuda dan Wanita PKR malam ini dengan disambut penyokong yang berpakaian baju khas “Team AA” warna merah dan laungan “Hidup Azmin”.

Seramai 200 orang bersorak apabila Azmin tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Dalam 4 hari berikutnya, pimpinan tertinggi PKR akan berhimpun di MITC sempena kongres nasional tahunan parti reformasi itu, yang diselubungi kontroversi sebelum acara bermula.

Ini termasuk penarikan balik undangan kepada Azmin sebagai perasmi kongres Pemuda dan khabar angin mengenai “kongres” di Kuala Lumpur.

Namun selepas pertemuan pimpinan tertinggi semalam, termasuk Presiden PKR dan Azmin, nampaknya kongres akan terus berjalan tanpa gangguan.

Seorang penyokong Azmin percaya begitu keadaannya dan semua isu antara Anwar dan Azmin sudah selesai sama sekali.

Azali Mohamed dari bahagian Kota Melaka sentiasa percaya isu dalaman parti akan selesai sebelum kongres.

“Sekarang, masalah party dah ‘settle’,” katanya.

Seorang lagi penyokong, Manja Lara Yahya, gembira dengan kehadiran Azmin.

Katanya, kalau Azmin tidak hadir, mereka juga mungkin tidak hadir.

“Kami penyokong Azmin. Kalau dia tidak ada disini, kami balik.

“Azmin pemimpin yang lebih baik berbanding Anwar.”

Ahli PKR Merlimau, R Kanagasingan berharap parti boleh selesaikan isu-isu berbangkit.

Dia datang untuk menunjukkan sokongan kepada Azmin kerana dia percaya Azmin boleh majukan negara dan ekonomi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.