
Daripada 44 projek itu, 22 adalah lapangan terbang yang diserahkan kepada pihak swasta.
Beliau berkata selain itu, terdapat 9 pelabuhan, 7 lebuh raya dan 6 landasan kereta api.
Antara lebuh raya yang akan dilelong adalah lebuh raya Presiden Dutra kira-kira 400km dan menghubungkan bandar raya terbesar di Brazil, Rio dan Sao Paulo.
Menurut menteri itu, kerajaan berhasrat menarik pelaburan bernilai 101 bilion reals (AS$24.6 bilion) menerusi projek berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.
“Kami mempunyai projek yang menarik dan pelabur juga menunjukkan minat,” kata Freitas.
Pada 2019, sebanyak 27 aset, termasuk 12 lapangan terbang dilelong yang menjana pendapatan sebanyak 5.4 bilion reals (AS$1.3 bilion).