Kilang minyak, gas Syria diserang dron, dipercayai IS

Kilang minyak, gas Syria diserang dron, dipercayai IS

Serangan menggunakan dron itu dilancarkan hampir serentak dan mensasarkan 3 fasiliti minyak dan gas di kawasan yang dikuasai kerajaan Syria.

DAMASCUS: Beberapa serangan dilancarkan hampir serentak menggunakan dron yang mensasarkan 3 fasiliti minyak dan gas kerajaan di tengah Syria hari ini, kata kementerian minyak negara itu.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas 3 serangan itu tetapi pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights berkata sel kumpulan IS mungkin bertanggungjawab.

Kementerian berkata sasaran mereka termasuk penapis minyak di Homs, 1 daripada hanya 2 di Syria, dan 2 fasiliti gas, di selatan bandar itu dan di padang pasir di timurnya.

Kementerian berkata beberapa unit pengeluaran rosak dan pasukan baik pulih sedang bekerja bersama bomba bagi memulihkan output secepat mungkin.

Kawasan yang dikuasai kerajaan Syria mengalami kekurangan bahan api yang teruk, antaranya kerana sekatan Barat ke atas import mentah dan kerana lapangna minyak dan gas terbesar terletak di timur, yang masih bawah kawalan angkatan Kurdi yang disokong AS.

Pengarah Obversatory, Rami Abdel Rahman percaya serangan itu kerja IS, yang terbukti mampu beroperasi di kawasan kerajaan dan Kurdi walaupun kubu terakhirnya jatuh ke tangan angkatan Kurdi pada Mac.

Beberapa jam sebelum itu, militan IS menyerang garison askar di sebuah fasiliti gas di utara Homs, membunuh 4 orang awam dan 13 askar atau milita, kata Observatory.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.