
Pentagon mahukan cadangan-cadangan untuk melindungi bekalan magnet neodymium iron boron (NdFeB), sejenis magnet nadir bumi yang penting dalam pembuatan senjata, menurut dokumen itu yang memperincikan usaha melemahkan cengkaman China ke atas sektor nadir bumi.
Beijing menggunakan kawalannya ke atas nadir bumi untuk mendapatkan kelebihan dalam perang perdagangan dengan Washington. China dan Jepun merupakan pengeluar magnet NdFeB terbesar dunia. Tiada satu pun magnet khusus itu dihasilkan di Amerika Syarikat.
Reuters minggu lepas melaporkan Pentagon mahu membiayai pembinaan kemudahan-kemudahan pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang diproses mesti dijadikan magnet untuk digunakan pengilang elektronik dan senjata.
Presiden Donald Trump mengarahkan tentera mengemaskini rantaian bekalan untuk bahan-bahan nic, mengatakan kebergantungan kepada negara lain boleh menjejaskan pertahanan AS.
Menurut Reuters, permintaan Pentagon menyatakan pembekal asing boleh digunakan jika tiada sumber nadir nadir domestik untuk simpanan stok itu.
Namun, rantaian bekalan semakin rumit selepas kongres AS meluluskan undang-undang melarang Pentagon menggunakan magnet buatan China, Korea Utara dan Rusia.