
“Kami baru sahaja mencapai kejayaan cemerlang dalam urus janji perdagangan dan kami akan menandatanganinya tidak lama lagi,” kata Trump di acara Turning Point USA di Florida.
Urus janji Fasa 1 diumumkan awal bulan ini dalam usaha menamatkan perang dagang antara 2 ekonomi terbesar dunia itu, yang memberi kesan pada pasaran dan pertumbuhan sejagat.
Dalam urus janji itu, AS akan mengurangkan beberapa tarif dan China akan meningkatkan pembelian barangan-barangan tani AS.
Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin minggu lepas berkata pakatan itu akan ditandatangani pada Januari, mengatakan urus janji itu sudah diterjemah dan baru sahaja diperhalusi.