Kuching tempat terbaik untuk kongres bahasa, kata SUPP

Wakil-wakil NGO bawah Gabungan Seni Khat Action Team di satu mesyuarat di KL pada Ogos.

KUCHING: Pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyambut baik keputusan mengadakan Kongres Bahasa Kebangsaan di Kuching bulan depan, mengatakan sukar untuk menganjurkan acara itu di Semenanjung kerana ia melibatkan isu sensitif.

Gabungan Seni Khat Action Team mengumumkan ia akan menganjurkan kongres itu di Sarawak sebagai platform untuk orang membincangkan isu berkaitan bahasa kebangsaan dan pengajaran Jawi di sekolah.

Ketua Pemuda SUPP, Michael Tiang berkata Sarawak tempat yang sesuai kerana keharmonian agama dan kaum di negeri itu.

Mengambil contoh pembatalan persidangan Dong Jiao Zong bagi membincangkan pelaksanaan Jawi di sekolah vernakular di Kajang, Selangor pada 28 Dis, Tiang berkata tiada risiko keselamatan jika kongres itu diadakan di Sarawak.

Setiausaha Sekat, Arun Dorasamy semalam berkata tarikh dan butiran kongres itu akan diumumkan tidak lama lagi.