Selepas tarik diri dari Sidang Kemuncak KL, Imran Khan lawat Malaysia

Selepas tarik diri dari Sidang Kemuncak KL, Imran Khan lawat Malaysia

Pemimpin Pakistan itu tiba di Malaysia hari ini, lebih sebulan selepas beliau menarik diri selepas ditekan Riyadh.

Perdana Menteri, Imran Khan mengagumi Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tiba di Malaysia hari ini untuk bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad, selepas lebih sebulan dilaporkan dipaksa menarik diri dari sidang kemuncak yang dianjurkan Malaysia susulan tekanan dari Arab Saudi.

Ini adalah lawatan ke-2 beliau ke Malaysia sejak bekas bintang kriket itu berkuasa.

Disember lalu, Imran mengumumkan membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir, peristiwa yang disahkan sumber akibat tekanan ke atas negara Asia Selatan itu yang pernah menerima sumbangan daripada bernilai berbilion dolar Arab Saudi.

Tiga ketua negara yang hadir merupakan antara musuh ketat Saudi: Recep Tayyip Erdogan dari Turki, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dari Qatar, dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Para pemerhati berkata lawatan Khan adalah “lawatan menyelamatkan maruah” selepas ketiadaannya pada sidang kemuncak, Disember lalu.

“Ia juga menggariskan tindakan pengimbangan yang sukar yang dihadapi Islamabad dalam mengimbangi hubungannya dengan Arab Saudi – yang menyokong kewangan Pakistan dengan berbilion bantuan, termasuk AS$20 bilion pada 2019 – dan Malaysia, di mana Pakistan mengekalkan hubungan persahabatan,” kata satu analisis yang diterbitkan di laman web, Daily Brief.

Khan mengagumi Mahathir, dan berkata kedua-dua mereka mewarisi masalah daripada pentadbiran sebelum ini.

Selepas 3 bulan Mahathir kembali berkuasa sebagai perdana menteri, Khan mengumumkan agenda bagi pembaharuan menyeluruh di hampir semua bidang kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.