Bendung koronavirus… Lelaki berkuda berkawal depan pintu masuk sebuah kampung

Bendung koronavirus… Lelaki berkuda berkawal depan pintu masuk sebuah kampung

Seorang lelaki di China menunggang kuda lengkap berpakaian baju besi mengawal pintu masuk ke kampungnya.

Seorang lelaki lengkap berpakaian baju besi dan membawa guandao berkawal di pintu masuk sebuah perkampungan di China.

Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki di China menunggang seekor kuda lengkap berpakaian baju besi mengawal pintu masuk ke kampungnya selepas negara itu kini bergelut krisis epidemik koronavirus menjadi tular di media sosial.

Pahlawan misteri di perkampungan yang tidak didedahkan itu mengambil langkah sendiri untuk menguatkuasakan sekatan yang dikenakan pemerintah China sebagai usaha membendung penularan wabak berkenaan.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan turut menahan sebuah kereta yang cuba memasuki kampung didiaminya dengan guandao iaitu senjata yang dibuat daripada pisau tebal dan dipasang pada sebatang kayu.

Difahamkan, beberapa individu lain turut bersama “pahlawan” berkenaan mengawal pintu masuk ke kampung tersebut.

Ketika ini, kebanyakan bandar utama di China telah mengenakan sekatan termasuk menyekat pergerakan penduduk dan pengangkutan selepas bandar Wuhan di wilayah Hubei yang menjadi pusat epidemik wabak tersebut menguatkuasakan langkah kuarantin pada 23 Januari lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.