Presiden, menteri Singapura potong gaji 1 bulan susulan Covid-19

Presiden, menteri Singapura potong gaji 1 bulan susulan Covid-19

Kakitangan penjagaan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan, sebahagian hospital milik kerajaan dan agensi yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak Covid-19 akan terima bonus khas sebanyak sebulan gaji.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melakukan pemeriksaan suhu badan setibanya di bangunan Parlimen. (Gambar Twitter)
SINGAPURA:
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat mengumumkan semua ahli politik yang memegang jawatan kerajaan akan dipotong gaji sebulan susulan penularan wabak Covid-19.

Presiden, Halimah Yacob turut membenarkan gajinya dipotong sebulan, kata Heng di Parlimen.

Katanya, kerajaan akan memberikan bonus khas sebanyak sebulan gaji kepada anggota barisan depan sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.

Mereka termasuk kakitangan penjagaan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan, sebahagian hospital milik kerajaan dan agensi yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak Covid-19.

Pemilik tanah termasuk CapitaLand Ltd dan Frasers Property Ltd pula memberi potongan cukai hartanah kepada penyewa seperti terkandung dalam pakej rangsangan anti-virus S$5.6 bilion yang diumumkan baru-baru ini.

Langkah lain yang diumumkan di Parlimen termasuk :

  • Potongan elaun penggubal undang-undang selama sebulan
  • Potongan gaji setengah bulan untuk penjawat awam kanan
  • Klinik kesediaan kesihatan awam akan menerima geran “one-off” bagi koronavirus
  • Tindakan kerajaan menyusul langkah sesetengah syarikat Singapura baru-baru ini yang membekukan bayaran dan memotong bonus dalam usaha negara itu menangani impak Covid-19.

Sehingga kini, 96 kes Covid-19 disahkan di Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.