
Kementerian itu berkata, 14 pesakit terbabit ialah kontak kepada pesakit ke-26.
Katanya, gelombang pertama jangkitan itu merekodkan 22 kes positif.
“Setelah 11 hari tiada kes baru dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Feb.”
Bagi gelombang kedua sehingga hari ini, terdapat 28 kes positif Covid-19 (kes ke-23 hingga 50).
Kementerian Kesihatan berkata, siasatan ke atas kes kluster kedua ini sedang dilakukan.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan berharap semua pihak dapat bertenang dan bekerjasama dengan memberi maklumat tepat apabila dihubungi atau dikenal pasti sebagai kontak rapat.
katanya, syarikat yang dikesan dengan kes positif tidak perlu menutup pejabat mereka, ia cukup dengan menjalankan pembersihan dan pensterilan.