Hakim Idrus Harun diumum peguam negara baru
Idrus Harun menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb.
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Idrus Harun sebagai peguam negara baru, menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb.
Selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Agong mempersetujui pelantikan Idrus untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa hari ini.
“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai peguam negara,” kata PMO dalam kenyataan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Thomas memendekkan perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada Jun tahun ini kerana perubahan politik negara.