
Ia selaras keputusan dan saranan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas serta keputusan mesyuarat khas Kabinet Mengenai Covid-19 semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu akan diteliti semula sekiranya situasi bertambah baik.
“Keputusan dan peringatan pematuhan ini diambil atas sebab keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan, khususnya belia dan atlet negara yang terlibat di pelbagai peringkat bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.”
Beliau berkata, KBS turut mengambil maklum langkah proaktif beberapa badan sukan dan belia yang menangguh serta membatalkan program masing-masing.
“Begitu juga inisiatif larangan penonton di lokasi kejohanan masing-masing mengikut kesesuaian, setelah mengambil kira nasihat pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan.”