WHO gesa tindakan ‘agresif’ lawan virus di Asia Tenggara

NEW DELHI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyeru tindakan “agresif” melawan koronavirus yang merebak dengan cepat di Asia Tenggara, memberi amaran beberapa negara menuju ke arah jangkitan antara komuniti penyakit yang boleh membawa maut itu.

Jangkitan melonjak di serata rantau itu dalam beberapa minggu mutakhir ini, memaksa beberapa negara memperkenalkan langkah drastik seperti menutup sempadan kepada warga asing dan mengenakan perintah berkurung waktu malam hingga menutup sekolah dan membatalkan acara kesukanan.

Terdapat kebimbangan sistem penjagaan kesihatan awma yang lemah di banyak negara Asia Tenggara tidak akan mampu menangani wabak besar-

“Kita perlu segera meningkatkan semua usaha menghalang virus daripada menjangkiti lebih ramai orang,” kata Poonam Khetrapal Singh, pengarah serantau WHO.

“Lebih banyak kluster jangkitan virus sedang disahkan. Walaupun ini tanda-tanda kewaspadaan dan pengawasan berkesan, ia juga menonjolkan perlunya usaha lebih agresif melibatkan seluruh masyarakat bagi menghalang Covid-19 terus merebak,” katanya.

“Tertanya kita perlu melakukan lebih banyak lagi dan segera.”

Malaysia mempunyai bilangan jangkitan tertinggi di Asia Tenggara dengan 673 kes, menurut kiraan Universiti Johns Hopkins.

Banyak jangkitan di negara ini dikaitkan dengan acara Islamik global yang diadakan bulan lepas dan dihadiri hampir 20,000 orang.

Pada Isnin, perdana menteri mengumumkan larangan ke atas rakyat Malaysia keluar negara.

Singh berkata langkah mudah seperti membasuh tangan dan penjarakkan sosial “penting” dalam melawan virus itu dan boleh “mengurangkan jangkitan”.

Sejak virus itu mula muncul di China pada Disember, 7,408 orang maut di serata dunia, menurut kitaan AFP berdasarkan sumber rasmi.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah berkata lebih 180,000 kes disahkan di seluruh dunia setakat semalam.