Perlu 1 tahun lulus, sediakan vaksin Covid-19, kata agensi EU

Perlu 1 tahun lulus, sediakan vaksin Covid-19, kata agensi EU

Agensi Perubatan Eropah berkata, fasa pertama ujian klinikal 2 vaksin sudah dijalankan ke atas sukarelawan sihat.

Agensi Perubatan Eropah berkata, secara amnya ‘tempoh pembangunan produk perubatan sukar diramal’. (Gambar AFP)
THE HAGUE:
Penyediaan vaksin Covid-19 bagi kelulusan dan bekalan mencukupi memerlukan sekurang-kurangnya setahun, kata Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada Selasa.

EMA “menganggarkan ia mungkin mengambil sekurang-kurangnya setahun sebelum vaksin melawan Covid-19 siap untuk kelulusan dan boleh didapati dalam kuantiti mencukupi untuk digunakan secara meluas”.

Agensi berpangkalan di Amsterdam itu dalam satu kenyataan berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan maklumat semasa dan pengalaman lalu untuk pembangunan vaksin.

Katanya, 2 vaksin sudah memasuki fasa pertama ujian klinikal yang dijalankan ke atas sukarelawan sihat.

Tetapi, EMA berkata, secara amnya “tempoh pembangunan produk perubatan sukar diramal”.

Setakat ini, belum ada ubat yang terbukti mampu merawat Covid-19 yang mengorbankan lebih 40,000 pesakit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.