Pulau Pinang mahu pemeriksaan sempadan lebih ketat kekang Covid-19

Pulau Pinang mahu pemeriksaan sempadan lebih ketat kekang Covid-19

Seberang Perai mencatatkan kes Covid-19 paling banyak di Pulau Pinang, iaitu 64 orang semalam, 37 daripadanya dari daerah Seberang Perai tengah.

Kerajaan Pulau Pinang menggesa kerajaan Pusat supaya mengetatkan kawalan pintu masuk ke Seberang Perai bagi mengekang penyebaran Covid-19 di negeri itu.
GEORGE TOWN:
Kerajaan Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan pusat supaya mengetatkan kawalan pintu masuk ke Seberang Perai bagi mengekang penyebaran Covid-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera meningkatkan pemeriksaan rentas sempadan negeri.

“Sabah dan Sarawak, yang mempunyai autonomi imigresen, telah mengambil pendekatan ini,” katanya pada sidang media di sini.

Sabah dan Sarawak menutup semua pintu sempadan, manakala kastam, Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dilaporkan hanya beroperasi dalam tempoh lebih pendek.

Chow juga menggesa Putrajaya supaya menyediakan lebih banyak kit ujian untuk semua negeri dan menguatkuasakan piawaian persekitaran, kesihatan dan keselamatan di kilang dengan lebih ketat.

Seberang Perai mencatatkan kes Covid-19 paling banyak di Pulau Pinang, iaitu 64 orang semalam, 37 daripadanya dari daerah Seberang Perai tengah.

Sejumlah 38 kes dilaporkan di bahagian pulau negeri itu.

Secara keseluruhan, terdapat 101 kes di Pulau Pinang dengan 74 pulih dan 1 kematian setakat ini.

Di sempadan utara Seberang Perai, 33 kes dicatatkan di daerah Kuala Muda, 7 di Kulim, di timur dan 13 di Kerian, di selatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.