
Lima pekerja itu bekerja di 4 cawangan berbeza, iaitu 2 bekerja di McDonald’s LIDO dan 3 lagi masing-masing di Forum Galleria, Parklane serta Geylang East Central.
“Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti serta kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk membantu pemulihan mereka,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Singapura, Kenneth Chan dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semua pekerja di 4 cawangan restoran itu sudah diasingkan dan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
McDonald’s Singapura berkata, pekerja yang terjejas itu kini menjalani rawatan di fasiliti perubatan.
Katanya, sejajar garis panduan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, 4 cawangan itu sudah dinyahjangkit dan ditutup sehingga notis selanjutnya.