120 doktor maut di Itali akibat Covid-19

120 doktor maut di Itali akibat Covid-19

4 lagi meninggal dunia pada Rabu iaitu 2 doktor keluarga, 1 doktor gigi dan 1 doktor SERD.

Seramai 120 doktor maut di Itali akibat Covid-19, setakat ini. (Gambar AP)
ROM:
Angka kematian akibat Covid-19 dalam kalangan doktor di Itali meningkat kepada 120 orang, apabila 4 lagi meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Itali Ansa.

Persekutuan doktor kebangsaan FNOMCEO mengatakan korban terbaru adalah Patrizia Longo dan Elisabetta Mangiarii kedua-duanya (doktor keluarga), Enrico Boggio (doktor gigi) dan Eugenio Malachia Brianza (doktor SERD).

Jumlah itu termasuk doktor yang telah bersara, kembali bertugas di barisan hadapan untuk bersama-sama berjuang melawan virus Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.