Charles Santiago dipecat sebagai pengerusi SPAN

Charles Santiago dipecat sebagai pengerusi SPAN

Pelantikannya ditamatkan 10 April lalu.

Charles Santiago menerima surat pemecatan hari ini.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dipecat sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pesuruhjaya lain.

Beliau dalam catatan di Facebook berkata, pelantikannya ditamatkan 10 April lalu, tetapi surat pemecatan hanya diterima hari ini.

Wakil rakyat DAP itu berkata, beliau digantikan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Santiago yang dilantik ke jawatan itu pada Nov 2018, menyuarakan kebimbangan terhadap usahanya selama 18 bulan ketika memegang jawatan itu mungkin sia-sia.

“Respons segera saya terhadap pemecatan ini ialah cuba melaksanakan mekanisme semak dan imbang supaya pentadbiran baru SPAN bertanggungjawab, dan memastikan semua tindakan serta keputusan mereka munasabah bagi rakyat.”

Beliau menyenaraikan bebarapa pencapaiannya, termasuk penstrukturan semula dalaman tahun lalu yang menggabungkan unit kawal selia air dan pembentungan menjadi sebuah jabatan.

Beliau berharap Wan Hassan dan pesuruhjaya baru akan meneruskan proses transformasi di SPAN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.