
Memandangkan kebanyakan negara di seluruh dunia sedang berdepan wabak Covid-19 dan perlu menjalani perintah berkurung pelbagai idea yang dilakukan bagi mengisi masa kekosongan.
Seperti seorang lelaki yang boleh dianggap genius di China ini mencipta motosikal terbang.
Idea ini timbul berikutan kesesakan lalu lintas yang sering dialami di majoriti pusat bandar negara sedang membangun.
Jurutera yang belajar sendiri itu dikenali sebagai Zhao Deli dan berasal dari Deli, sebuah wilayah di Hunan, China dalam satu posting Twitter, dia kelihatan sedang terbang menggunakan ciptaannya itu.
Prototaip itu digelar sebagai “skuter terbang” dan mampu berada di udara setinggi 9m.
Kenderaan berwarna putih itu juga kelihatan seperti sebuah dron.
Untuk rekod, ia bukanlah ciptaan pertama seumpamanya di China.
Dia sebelum ini juga pernah menghasilkan prototaip lebih kurang sama dengan motosikal terbang berkenaan.
Bagaimanapun, ciptaan terbaharu ini dilihat jauh lebih baik.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]