
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kawasan itu mencatatkan peningkatan 52 kes berbanding 7 yang diumumkan semalam menjadikan kawasan itu diletakkan dalam zon kuning.
Daerah Rembau di Negeri Sembilan kembali diletakkan dalam zon merah selepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19 mendadak semalam.
Peningkatan itu berikutan satu kluster baru membabitkan pekerja sebuah kilang di Pedas.
Rembau pernah diisytihar lokasi zon merah pertama yang bebas daripada wabak itu selepas mencatatkan sifar kes aktif pada 20 April lalu.
Daripada perkembangan terbaru hari ini, 11 kawasan ditanda sebagai zon merah.
Antara kawasan zon merah ialah Ibu Kota dengan 144 kes aktif, Batu (101), Kampung Baru (67), Gombak (80), Petaling (53), Kluang (49), Sri Petaling (45) dan Kota Samarahan (43) dan Kuching (100).
Selain itu, jumlah keseluruhan zon hijau pula kekal 113 daerah.
Bilangan kumulatif kes positif seluruh negara semalam adalah 6,535 kes dengan 1,564 kes aktif.