Hairan, masih ramai cuba balik kampung, kata Ismail

Hairan, masih ramai cuba balik kampung, kata Ismail

Lebih 1,000 kenderaan diarah berpatah balik kerana cuba merentas negeri.

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob harain masih ramai cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung walaupun tidak dibenarkan.

Semalam, polis mengarahkan 1,175 kenderaan berpatah balik kerana cuba merentas negeri, ketika negara semakin mendekati Aidilfitri.

“Walaupun berbagai nasihat, masih lagi cuba balik kampung. Tak perlu cuba rentas negeri untuk balik kampung,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada Sabtu, 1,248 diarah berpatah balik selepas didapati cuba “curi-curi” balik kampung, naik sekali ganda berbanding 508 kenderaan pada Jumaat.

Semalam, Ismail berkata tiada jaminan mereka yang sudah terlepas ke kampung akan boleh lepas pulang ke rumah masing-masing nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.