
KUALA LUMPUR: Gereja terus ditutup sehingga perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya walaupun kerajaan dalam pengumuman terbaru membenarkan rumah ibadat bukan Islam di kawasan zon hijau dibuka semula pada 10 Jun.
Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia Hermen Shastri berkata, sama ada gereja akan dibuka semula pada 10 Jun akan dikaji dengan bijaksana apabila tiba masanya.
“Kami berusaha untuk mengutamakan keselamatan orang ramai sebagai tanggungjawab kerohanian terpenting kami. Keadaan terkini masih sangat tidak menentu dan tidak stabil,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Hermen berkata, buat masa ini, perkhidmatan ibadat pada Ahad akan terus ditawarkan menerusi penstriman dalam talian.