Baik bayar kompaun daripada hilang kerja, Ismail beritahu pengingkar balik kampung

Baik bayar kompaun daripada hilang kerja, Ismail beritahu pengingkar balik kampung

Ismail Sabri menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil terhadap mereka yang ingkar merentas negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob
PUTRAJAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengingatkan penjawat awam dan pekerja swasta yang berjaya meloloskan diri dengan merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri di kampung bersedia berdepan tindakan undang-undang apabila pulang ke ibu negara atau kembali bekerja.

Beliau berkata golongan terbabit akan dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya galakkan mereka pulang. Jangan takut kena kompaun, akhirnya hilang pekerjaan itu.

“Lebih baik kena kompaun dan terus kerja. Saya harap mereka balik,” katanya pada sidang media hariannya.

Ismail berkata beliau juga menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil terhadap mereka yang ingkar merentas negeri.

“Setakat ini sekatan jalan raya dikekalkan setiap tol. Kita sekat rentas negeri,” katanya.

Terdahulu, Ismail berkata sebanyak 738 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh polis berbanding 1,243 pada hari sebelumnya.

Beliau berkata negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor iaitu 317 kes diikuti Melaka (89) dan Kedah (80).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.