Azmin ketuai perbincangan projek HSR dengan Singapura

Azmin ketuai perbincangan projek HSR dengan Singapura

Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek kereta api laju itu sehingga 31 Dis.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali akan mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan kerajaan Singapura mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Azmin dalam kenyataan berkata kedua-dua negara bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek prasarana itu “dalam masa terdekat”.

“Perbincangan ini akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

“Keputusan ini dicapai setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur- Singapura sehingga 31 Dis,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Singapura, Khow Boon Wan berkata penangguhan projek sepanjang 350km itu dilanjutkan atas permintaan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua negara membincangkan sebarang perubahan.

Pentadbiran Dr Mahathir Mohamad berkata projek HSR itu mungkin disambung semula tetapi pada skala lebih kecil.

Projek itu mahu mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur sehingga 90 minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.