Drone berjaya rakam ribuan penyu sedang berenang di lautan Australia

Penyu yang dikenali sebagai penyu hijau kerana warnanya dan ciri unik yang ada hanya pada penyu ini iaitu tulang rawannya didapati berkumpul di Pulau Raine. (Gambar YouTube)

Siapa sahaja yang melihat pasti akan merasa terpegun dengan pemandangan yang dirakamkan daripada udara ini.

Ribuan penyu hijau dilihat berkumpul di Great Barrier Reef, Australia dan difahamkan rakaman itu berjaya diambil dengan menggunakan drone di rookery penyu terbesar di dunia iaitu di Pulau Raine.

Kawasan ini merupakan kajian yang di kendalikan oleh para saintis dari Jabatan Alam Sekitar dan Sains Kerajaan Queensland (DES).

Menurut BBC, penyu itu dikenali sebagai penyu hijau kerana warnanya dan ciri unik yang ada hanya pada penyu ini iaitu tulang rawannya.

Pulau Raine adalah rookery kawasan penyu yang terbesar di dunia namun haiwan tersebut tidak dapat bersenyawa kerana terlalu banyak penyu di situ.

Selain itu, pulau itu juga dipenuhi dengan terumbu karang yang banyak.

Bagi mengira jumlah penyu-penyu itu, para saintis melukis cat putih pada cengkerang penyu itu semasa mereka berkumpul di pantai.

Kerana cat yang tidak beracun itulah, mereka dapat mengira jumlah penyu melalui drone, sejurus itu dapat menangkap satu pemandangan yang indah.

Menurut saintis penyelidikan kanan, Dunstan, jumlah penyu itu telah dikira dengan tepat.

Dengan menggunakan drone mendapati 64,000 penyu sedang berenang di sekitar pulau dan menunggu untuk bertelur di darat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]