BoBoiBoy Movie 2 menang 2 anugerah di Laurus Film Festival

Filem animasi Malaysia, BoBoiBoy Movie 2 berjaya merangkul 2 anugerah di Laurus Film Festival yang berlangsung di Rusia.

Ia diumumkan dalam akaun rasmi BoBoiBoy di laman Facebook dan Twitter.

Difahamkan, filem animasi ini berjaya memenangi kategori “Best Poster” dan “Best Trailer”.

Kemenangan ini ternyata cukup disenangi oleh para peminat tempatan yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen akaun BoBoiBoy dengan ucapan tahniah.

Mengikut rekod, filem animasi yang ditayangkan pada 8 Ogos tahun lalu berjaya mencatat kutipan sebanyak RM30 Juta, meletakkan BoBoiBoy Movie 2 di tangga keempat dalam senarai kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Laurus Film Festival merupakan acara anugerah yang dianjurkan secara tahunan oleh Catharsis Film Company.

BoboiBoy Movie 2 mengalahkan filem “Secret of the Flower and Willow World” dari Australia dan “Efface Derriere” dari Brazil untuk kategori Poster.

Manakala untuk kategori Best Trailer, mereka mengalahkan “The Guilt” dari India, “War Brides of Japan: The Chase” dari Amerika Syarikat dan “I’ll Walk with God” dari UK.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]