
Produk itu daripada hantaran 13 tan bernilai AS$800,000 daripada Lop County Meixin Hair Product Co.
Kastam AS pada 17 Jun memerintahkan barangan daripada syarikat itu akan ditahan atas sebab ia menggunakan buruh banduan dan buruh paksa, termasuk kanak-kanak.
“Pengeluaran barangan ini pencabulan hak asasi manusia yang amat serius,” kata Brenda Smith, penolong pesuruhjaya eksekutif kastam AS untuk perdagangan.
“Tujuan perintah penahanan itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada semua entiti yang mahu berniaga dengan AS bahawa rantaian bekalan AS tidak boleh terima amalan haram dan tidak berperikemanusiaan.”
Lop County Meixin merupakan pengeksport rambut manusia di Xinjiang yang ketiga disenarai hitamkan dalam beberapa bulan baru-baru ini kerana menggunakan buruh paksa.
Pengumuman itu menyusuli amaran Jabatan Negara AS, Jabatan Perdagangan AS, Jabatan Perbendaharaan AS, dan Jabatan Keselamatan Tanah Air AS kepada syarikat AS supaya berwaspada apabila mengimport barang menerusi rantaian bekalan yang melibatkan buruh paksa atau buruh banduan di Xinjiang dan wilayah lain di China.
Syarikat AS juga diberi amaran tentang membekalkan peralatan pengawasan untuk kegunaan pihak berkuasa di Xinjiang atau membantu pembinaan kemudahan untuk penahanan besar-besaran orang Islam dan kumpulan minoriti di wilayah itu.
Kerajaan China “masih menjalankan kempen penindasan di Xinjiang, mensasarkan Uighur, Kazakh, Kyrgyz, dan kumpulan minoriti Islam lain,” kata Jabatan Negara AS.
Perniagaan yang terdedah kepada perkara itu diingatkan tentang “risiko reputasi, ekonomi, dan undang-undang”.