Bunga Citra Lestari sekali lagi buat peminat menangis

Bunga Citra Lestari sekali lagi buat peminat menangis

'Dear Love' dedah kesukaran BCL kembali ke pentas tanpa suami tercinta, Ashraf Sinclair

BCL bertuah kerana di kelilingi oleh insan-insan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk dia terus bangkit.

Penyanyi popular Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi membuatkan peminat-peminatnya menangis hiba apabila dia berkongsi saat-saat getir kembali ke pentas selepas kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Dalam video berjudul “Dear Love” episod 2 yang dimuat naik di YouTube rasminya baru-baru ini, BCL membisikkan kata-kata cukup meruntun jiwa.

“Dear love, sempat terlintas di kepalaku, bisakah aku jalani ini? Kuatkah aku? Kadang rasanya ingin menyerah, tapi tidak. Aku putuskan untuk terus berjalan.

“Hanya saja langkahku terasa lebih berat dan lambat. Tapi aku tetap berjalan. Mesti terkadang mundur beberapa langkah, lalu kembali maju melangkah,” luah BCL.

Video berdurasi 11 minit 19 saat itu mengimbas kembali kemunculan pertamanya di pentas nyanyian hanya selepas 10 hari kehilangan suami tercinta.

Kesedihan, kegusaran dan kesukaran yang sedang dihadapi oleh BCL jelas terpancar di wajahnya.

“Ini bukan perjalanan yang biasa bahkan membuatku merasa asing dan tak tahu harus ke mana. Apa yang aku tahu, aku harus menyelesaikan tanggungjawabku.

“Kerna itu ku beranikan diri kembali. Dengan nyawa yg tidak penuh. Dengan energi yang hampir tidak ada. Dengan hati yang hancur,” luah BCL lagi.

Sehingga kini, video itu mendapat tontonan melebihi 3 juta. Terdahulu, BCL berkongsi cerita tentang sambutan Syawalnya tanpa suami dalam episod 1, siri video “Dear Love”.

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Sinclair.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.