Jangan tersalah pilih krim pemutih wajah!

Jangan tersalah pilih krim pemutih wajah!

Untuk selamat, dapatkan nasihat pakar kulit sebelum membeli krim pemutih wajah.

Bukan semua krim pemutih yang ada di pasaran selamat untuk digunakan. (Gambar Unsplash.com)

Wanita Asia memang sangat mendambakan kulit cerah kerana adanya stigma kulit cerah atau putih itu tandanya cantik dam salah satu cara untuk mendapatkan kulit cerah dengan memakai krim pemutih.

Dek kerana itu, banyak jenama produk perawatan wajah hadir dengan krim pemutih yang menjanjikan perubahan drastik pada kulit wajah. Walaupun pada hakikatnya, krim pemutih itu tidaklah memberi efek yang diperkatakan.

Sebelum itu, adakah anda tahu bagaimana cara krim pemutih bekerja mencerahkan wajah anda?

Faktor utama yang menentukan warna kulit seseorang adalah melanin. Melanin ialah pigmen yang memberi warna pada kulit, mata, dan rambut anda.

Semakin banyak kadar melanin dalam tubuh, maka semakin gelap pula kulit seseorang. Begitu juga sebaliknya.

Melanin melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada radiasi sinar matahari dan meningkatkan reaksi kulit terhadap paparan sinar matahari.

Bintik hitam atau “freckles” yang sering terlihat pada permukaan kulit wajah merupakan tanda dari meningkatnya produksi melanin di area tersebut.

Jumlah melanin pada kulit ditentukan oleh faktor genetik. Selain itu terdapat faktor paparan sinar matahari, penggunaan bahan-bahan kimia pada kulit, hormon, dan kerosakan kulit yang juga boleh memicu produksi melanin.

Kadar melanin ini boleh berkurangan secara semulajadi. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari.

Dengan itu, kadar melanin akan berkurangan dan kulit menjadi normal kembali.

Selain itu, cara lain untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan menggunakan krim pemutih.

Tidak hanya mencerahkan, krim pemutih juga mampu menghilangkan flek hitam, bekas jerawat, atau bintik-bintik akibat penuaan.

Sebelum membeli krim pemutih wajah, pastikan produk tersebut bebas daripada agen-agen pemutih yang boleh memudaratkan kesihatan. Salah satu bahan yang mesti dielakkan ialah merkuri.

Krim pemutih yang mengandung merkuri boleh membahayakan penggunanya, terutama jika ia digunakan dalam jangka panjang. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf.

Manakala untuk ibu hamil, ia juga boleh menyebabkan kecacatan dan gangguan perkembangan pada janin.

Satu tip sebelum menggunakan krim pemutih wajah ialah, jangan terus oleskan ke wajah atau bahagian tubuh yang lain secara menyeluruh.

Lakukan ujian alergi terlebih dahulu dengan cara mengambil sedikit krim, lalu sapu ke bahagian lengan. Biarkan selama 24 jam.

Jika ia menimbulkan iritasi, rasa panas, gatal, atau alahan lain, maka lebih baik hentikan penggunaannya. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar kulit sebelum membuat sebarang pembelian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.