Azhar Harun letak jawatan pengerusi SPR

Azhar Harun letak jawatan pengerusi SPR

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 29 Jun.

Azhar Harun.
PETALING JAYA:
Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 29 Jun.

Tugas pengerusi ketika ini dijalankan Timbalan Pengerusi Azmi Sharom sehingga pelantikan baru, selaras Perkara 114(7) Perlembagaan Persekutuan.

“Peletakan jawatan ini diperkenankan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun,” kata SPR dalam kenyataan.

Sebelum ini, FMT melaporkan Azhar dan bekas menteri Azalina Othman Said masing-masing dicalonkan sebagai pengganti Speaker Dewan Rakyat, Ariff Yusoff dan timbalannya, Nga Kor Ming dalam suatu usul.

Aturan urusan mesyuarat yang menyenaraikan perbahasan dan usul sidang Dewan Rakyat akan datang yang akan mula bersidang pada 13 Julai ini termasuk usul Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang mahu menyingkir Ariff dan Nga.

“Aturan urusan mesyuarat seharusnya sudah keluar sekarang. Ya, memang ada usul itu,” kata Ariff kepada FMT, yang membenarkan usul itu dibentangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.