
Cadangan dibacakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) pada sidang yang speaker baru Dewan Rakyat, Azhar Harun.
Undi suara diadakan bagi menunjukkan sokongan kepadanya daripada ahli Parlimen kerajaan.
Azhar berkata pelantikan Azalina mengikut Perintah Tetap 6(2) dan 4(3), dan kemudian mengundang wakil rakyat itu ke kerusi timbalan speaker.
“Timbalan speaker baru, sila ambil tempat,” katanya.
Azalina, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai menteri undang-undang menggantikan ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan kerana bersolidariti dengan Mohamad Ariff Md Yusof yang digantikan sebagai speaker Dewan Rakyat.
Azhar berkata, Perintah Tetap 4(1) tidak menyebut bahawa nama calon bagi jawatan speaker dan timbalan speaker perlu dikemukakan selepas ia dikosongkan.
Katanya, beliau menganggap Ariff dan Nga merupakan calon pembangkang kerana membuat banyak kenyataan yang menyokong mereka.
“Tidak disebut bahawa pencalonan boleh dibuat hanya selepas adanya kekosongan,” kata beliau.
Azhar menjawab kenyataan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bahawa pembangkang berhak mengemukakan calon mereka sendiri kerana jawatan itu hanya dikosongkan hari ini.
Terdahulu usul untuk menggantikan Ariff diluluskan dengan majoriti tipis 2 undi dengan 111 ahli Parlimen kerajaan menyokong dan 109 daripada Pakatan Harapan menentang.