
Public Health Malaysia menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mengumumkan terdapat 9 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual merbahaya seperti merkuri dan “hydroquinone”.
Jika anda merupakan salah seorang pengguna produk-produk yang disenarai di atas, sila hentikan penggunaannya dengan segera.
Produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin boleh memberikan kesan sampingan kepada kesihatan termasuk berisiko diserang penyakit kronik.
Memang lumrah wanita untuk sentiasa tampil cantik, tapi jadilah pengguna bijak, jangan terlalu obses dengan kecantikan sehingga sanggup mempertaruhkan kesihatan diri sendiri.

1. Sebelum buat pembelian, baca label produk dan ambil perhatian terhadap produk-produk yang dilarang penggunaannya bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.
2. Ingat dengan perkara ini, ada pengeluar menggunakan haruman yang agak kuat untuk menyembunyikan bau merkuri. Jadi, hati-hati jika krim yang ingin dibeli berbau terlalu wangi.
3. Untuk mengesan merkuri pada produk, lakukan tip ini. Sapukan krim pada tangan dan gosokkan barang kemas diperbuat daripada emas pada krim.
Jika produk atau krim itu mengandungi merkuri, krim akan bertukar menjadi kelabu. Semakin gelap warna kelabu, semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.
4. Rujuk laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk atau bahan dalam formulasi produk kosmetik dan had serta syarat yang dibenarkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]