AS catat rekod baru 77,638 kes harian Covid-19

AS catat rekod baru 77,638 kes harian Covid-19

Negara itu turut mencatatkan 927 kematian pada Jumaat.

Rafael Ruiz (kiri) disahkan positif di sebuah pusat bergerak ujian saringan Covid-19 di Pantai Miami, Florida. Jururawat melakukan swab ke atas orang ramai dengan dipisahkan sekeping panel kaca. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat pada Jumaat mencatatkan rekod baru 77,638 kes Covid-

19 dalam tempoh 24 jam lalu, menurut laporan Universiti Johns Hopkins.

Ia turut mencatatkan 927 kematian dalam tempoh sehari, berdasarkan statistik universiti berpusat di Baltimore setakat 8.30 malam Jumaat.

Negara itu yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 di dunia, merekodkan 139,128 kematian daripada 3.64 juta kes positif yang disahkan.

Pakar percaya AS tidak pernah pulih daripada gelombang pertama Covid-19 dan kes baru kembali melonjak dalam beberapa minggu ini, terutamanya di negeri selatan dan barat yang menarik balik sekatan lebih awal.

Di California, sebanyak 4,592 kes baru Covid-19 direkodkan di Los Angeles pada Khamis saja.

“Tanpa tindakan agresif setiap orang, kami tidak akan dapat mengurangkan penyebarannya,” kata Pengarah Kesihatan Awam daerah, Barbara Ferrer dalam satu kenyataan.

Di Texas dan Arizona, yang berdepan lonjakan mendadak kes baru serta kematian Covid-19, pihak berkuasa mengerahkan trak sejuk beku ke 2 negeri itu susulan peningkatan mayat pesakit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.