
Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap tindakan menconteng kata-kata kesat pada wajah mereka sebagai sangat biadab, dan kesal serta kecewa ia berlaku di Selangor.
“Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mural popular yang memaparkan wajah Sultan Abdullah bersama Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham Abdullah di Seksyen U12, Shah Alam hari ini didapati diconteng dengan kata-kata kesat.
Petugas Majlis Bandaraya Shah Alam tengah hari tadi terpaksa mengecat semula mural itu dengan cat putih bawah kawalan polis.