
KOTA KINABALU: Warisan dan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) serta Upko mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah akan datang.
Mesyuarat itu yang dipengerusikan Presiden Warisan, Shafie Apdal itu bermula kira-kira 11 pagi tadi di ibu pejabat parti itu di Kolombong, di sini.
Turut hadir Ketua DAP Sabah, Frankie Poon Ming Fung, Ketua PKR Sabah, Christina Liew dan Presiden Upko, Wilfred Madius Tangau.
Pemimpin Warisan juga dijadualkan mengadakan mesyuarat pada 2 petang ini.