
Kadang-kadang ada cacing dalam bilik air muncul dekat lantai, ada pulak yang muncul dalam lubang tandas bagi tandas duduk.
Malah ada juga yang pandai menyorok dekat celah-celah jubin dan sudah pasti apabila simbah air untuk mandi habis keluar semua cacing itu.
Kehadiran cacing ini ternyata membuatkan sesiapa sahaja geli dan stres!
Selalunya orang yang duduk rumah bawah (landed) akan mengalami masalah ini sebab permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya bila hari hujan.
Jadi, apa yang patut dibuat?
Ini tip hilangkan cacing di bilik air yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
6 cara hilangkan cacing di bilik air dengan berkesan
1. Guna garam
Salah satu petua hilangkan cacing di bilik air yang popular, murah dan dikatakan paling berkesan adalah dengan menggunakan garam.
Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air.
Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.
Simpan sikit air garam itu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian spray kan ke dinding bilik air.
Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing itu datang.
2. Guna peluntur (clorox)
Selain guna garam, ada juga yang cadangkan guna clorox.
Tapi kena hati-hatilah terutamanya yang ada anak kecil sebab bau clorox atau peluntur kuat.
Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan clorox ke seluruh kawasan lantai dan dinding.
3. Guna cuka
Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air.
Caranya sama. Semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.
4. Grout cleaner

Satu lagi yang boleh kita cuba ialah pencuci lantai yang bagus. Kalau boleh ia dilabel sekali dengan “grout cleaner”.
Biasanya pencuci lantai jenis ini memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa.
5. Tutup lubang & celahan mozek atau jubin
Kalau kitasu dah cuba buat 4 cara di atas tapi masih tak berkesan, mungkin kita kena periksa tengok celahan mozek atau jubin (tiles) dekat dalam bilik air sebab mungkin ada mana-mana lubang yang menjadi “laluan masuk” bagi cacing-cacing ini.
Antara cara paling mudah ialah simenkan antara celahan jubin atau mozek (grout) menggunakan simen putih.
Selain guna simen, boleh juga tampal celah mozek atau jubin boleh guna bancuhan Sika215.
Dia macam plastersin dan datang dalam 2 bahagian. Kita kena campurkan kedua-dua bahagian itu dan uli sampai jadi doh.
Lepas tu tampal dekat lubang yang nak seal tu. Sika215 berkesan untuk kawasan berair, ada waterproofing dan cepat keras berbanding simen.
6. Cat epoxy
Cat epoxy salah satu cara untuk waterproofing lantai bilik air.
Kalau alang-alang nak makeover bilik air, bolehlah gabungkan cara simen putih pada celahan tiles dan cat sekali untuk kemasan akhir.
Bukan saja hilangkan cacing, tandas pun jadi baru terus!
Jika masalah terlalu serius dan cacing tak juga hilang walaupun dah cuba pelbagai cara, mungkin kita kena check balik cara pemasangan lantai di rumah.
Mungkin ada tukang yang buat rumah kita dulu ada tertinggal komponen waterproofing atau lapisan pelindung yang menyebabkan lantai terdedah pada lembapan hingga menyebabkan cacing ini membiak di bilik air.
Walaupun mengambil masa dan memakan kos, ia mungkin jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik untuk keselesaan dan keselamatan bilik air kita.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]