Mohamad Zaidi Aziz calon BN PRK Slim

Mohamad Zaidi Aziz calon BN PRK Slim

PRK Slim diadakan berikutan kematian Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai.

Mohamad Zaidi Aziz dipilih sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) menamakan Mohamad Zaidi Aziz sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos.

Pencalonan Zaidi diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad di Trolak, petang ini.

Bulan lalu Zaidi diumumkan sebagai pemangku ketua Umno Tanjung Malim.

PRK Slim diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai.

Khusairi mempertahankan kerusi itu pada 2018 selepas mengalahkan calon PPBM Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal dengan majoriti 2,183 undi.

Pencalonan akan diadakan pada Sabtu ini.

Parti baharu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Pejuang akan mengumumkan calonnya malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.