KP kesihatan dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020

KP kesihatan dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020

Pemilihan tokoh terbabit dibuat atas sumbangan besar dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah pada sambutan di Masjid Negara malam ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah, pada sambutan di Masjid Negara, malam ini.

Syeikh Al-Azhar Al-Syarif Syeikh Prof Ahmad Tayyib pula, diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh itu dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam, di peringkat nasional dan global.

Malah kedua-dua tokoh terbabit mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh terbabit masing-masing, menerima pingat dan sijil penghargaan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkenan mengurniakan anugerah berkenaan pada majlis itu.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.