Penyanyi lagu “Poco-Poco” korban Covid-19

Yopie Latul, 65, dilahirkan di Maluku pada 7 September 1955 memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1982. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu “Poco-Poco”, Yopie Latul dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada Rabu.

Menurut laporan Kompas.com penyanyi senior itu meninggal dunia pada 4.02 petang di sebuah hospital di Jawa Barat dan disahkan positif Covid-19.

Rakannya yang juga penyanyi Andre Hehanussa ketika dihubungi portal berita itu memaklumkan Yopie dimasukkan ke hospital 2 hari lalu dan dia tidak bergejala.

Menurut laporan itu, jenazah Yopie dikebumikan di Jakarta hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan kerajaan bagi mangsa meninggal dunia.

Yopie, 65, dilahirkan di Maluku pada 7 September 1955 memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1982.