
Galeri Batik Jadi adalah sebuah pusat menjual batik dan barangan kraf tangan di Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada 1976, galeri batik yang berkeluasan 30,000 kaki persegi ini adalah antara tempat wajib kepada pada pelancong apabila berada di Kuala Lumpur.
Terdapat pelbagai jenis koleksi kain batik ada dijual. Malah pakaian seperti gaun, blaus, t-shirt, kaftan, pario, pakaian lelaki dan kanak-kanak, alas meja dan apa sahaja berkenaan batik boleh juga didapati di sini.

Saksikan sendiri bagaimana corak batik dihasilkan dan lihat bagaimana para pereka batik yang berbakat ini melukis dan mencanting dengan begitu pakar sekali. Idea kreatif mereka diterjermahkan dalam hasil kerja yang sungguh indah.
Selalunya rekaan yang paling popular kepada pereka adalah yang bermotif daun dan bunga. Namun, rekaan ikan dan binatang turut dihasilkan untuk pasaran pelancongan.

Bagi yang berbakat atau ingin mempelajari cara mencanting batik, boleh sahaja menyertai kelas yang disediakan. Namun anda harus menempah lebih awal.
Di kelas ini, anda akan diajar perkara asas cara mencanting batik dan kemudian anda bolehlah mencantingnya sendiri mengikut rekaan yang anda suka. Batik yang telah siap boleh dibawa pulang sebagai kenangan. Inilah yang istimewanya di sini.

Sebelum pulang, jangan lupa mendapatkan barangan kraf tangan dan cenderahati yang dijual. Ada pelbagai barangan kraf dari Malaysia, Borneo dan Indonesia seperti pewter, sabun buatan sendiri dari Langkawi, ukiran kayu, topeng muka, beg, barang kemas dan pelbagai lagi.
Jadi Batek Gallery Sdn Bhd
30 Jalan Inai
Off Jalan Im
55100 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2145 1133
Fax: (03) 2141 0179
Email: [email protected]
Website: www.jadibatek.com
Masa beroperasi: Setiap hari dari 9pagi hingga 5.30petang.
Artikel ini telah diterbitkan kali pertama di Malaysia Traveller
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]