Israel lulus undang-undang had tunjuk perasaan semasa sekatan pergerakan

Israel lulus undang-undang had tunjuk perasaan semasa sekatan pergerakan

Undang-undang baharu itu dilihat secara meluas sebagai langkah menghentikan demonstrasi mingguan di luar kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis.

Undang-undang kontroversi itu membolehkan kerajaan mengumumkan darurat selama seminggu, yang mungkin mengurangkan penyertaan dalam tunjuk perasaan yang hanya boleh disertai sehingga pada jarak 1km dari tempat tinggal peserta. (Gambar AP)
BAITULMAQDIS:
Parlimen Israel pada Rabu meluluskan undang-undang yang membolehkan pemerintah mengehadkan tunjuk perasaan awam semasa sekatan pergerakan di seluruh negara, lapor agensi berita Xinhua.

Undang-undang kontroversi itu membolehkan kerajaan untuk mengumumkan darurat selama seminggu, yang mungkin mengurangkan penyertaan dalam tunjuk perasaan yang hanya boleh disertai sehingga pada jarak 1km dari tempat tinggal peserta.

Undang-undang baharu itu dilihat secara meluas sebagai langkah untuk menghentikan demonstrasi mingguan di luar kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis.

Ribuan penduduk Israel berkumpul di persimpangan utama di seluruh negara dan di luar kediaman rasmi perdana menteri setiap Sabtu.

Mereka meminta Netanyahu berundur berikutan tuduhan rasuah terhadapnya dan cara beliau menangani pandemik Covid-19 serta krisis ekonomi.

Netanyahu sedang menghadapi perbicaraan jenayah atas 3 tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam 3 kes berasingan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.