
Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi tadi dengan turut dihadiri 3 timbalan ketua menteri, iaitu Bung Mokhtar Radin, Jeffrey Kitingan dan Joachim Gunsalam.
Lain-lain menteri yang hadir ialah Menteri Kewangan 2 merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jahid Jahim.
Terdahulu pada Selasa, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin dalam istiadat di Istana Negeri Sabah.
GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Warisan Plus pada pilihan raya negeri Sabtu lepas apabila memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN.