
Info sihat untuk lelaki
Kajian mendapati:
- 1 daripada 3 lelaki menghidap penyakit darah tinggi.
- 1 daripada 4 lelaki mengalami paras kolesterol yang tinggi.
Kematian kaum lelaki:
- 15.3% kematian disebabkan serangan jantung
- 6.4% disebabkan penyakit kardiovaskular pada tahun 2016. (Jabatan Statistik Malaysia, 2017)
Umum
Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. Ramai tidak sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi kerana tiada simptom atau gejala. Hiduplah secara aktif, lakukan aktiviti fizikal atau bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu.
Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana 5 kali seminggu atau sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti fizikal berintensiti tinggi sepanjang minggu.
Sama ada berjalan, menari, bermain dan melakukan kerja rumah – semuanya dikira sebagai aktiviti fizikal.
Aktif setiap hari – gunakan tangga, berjalan dan berbasikal. Boleh juga ikuti kelas senaman secara maya bersama keluarga.
Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]