
Morell pernah menjadi timbalan pengarah CIA di bawah pentadbiran Barack Obama antara 2010 hingga 2013 dan 2 kali memangku jawatan pengarah CIA ketika itu.
Haines pernah dilantik sebagai timbalan pengarah CIA dan juga timbalan penasihat keselamatan negara untuk Obama, kata sumber.
Haines enggan memberikan sebarang komen dan Morell tidak dapat dihubungi. Jurucakap pasukan peralihan Biden juga enggan mengulas.
Beberapa bekas pembantu Demokratik bimbang kerana Haines dan Morell pernah berkhidmat untuk CIA ketika agensi terbabit menggunakan teknik “soal siasat dipertingkatkan” terhadap militan Islam disyaki, amalan yang disifatkan Jawatankuasa Perisikan Senat sebagai penyeksaan.
Sumber berkata, nama lain yang dibincangkan Parti Demokratik dan pegawai perisikan sebagai calon yang berpotensi untuk jawatan DNI termasuk bekas pegawai kepada DNI, Michael Leiter dan bekas pengarah Pusat Pencegahan Keganasan Kebangsaan, cabang pejabat DNI serta bekas ahli Kongres Republikan yang pernah mengetuai Jawatankuasa Perisikan Dewan, Mike Rogers.