Pilihan Raya Myanmar: Parti NLD pimpinan Suu kyi dakwa dapat majoriti

Pilihan Raya Myanmar: Parti NLD pimpinan Suu kyi dakwa dapat majoriti

Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin pemenang Anugerah Keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi mendakwa partinya memperolehi kerusi majoriti pada pilihan raya umum.

Pilihan raya umum Myanmar diadakan pada 8 November, penggal lima tahun pemerintahan NLD berakhir pada Mac 2021. (Gambar AP)
YANGON:
Parti pemerintah Myanmar dipimpin Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi pada Isnin mendakwa sudah memperoleh majoriti kerusi pada pilihan raya umum negara ini, walaupun pengiraan undi masih berlangsung di seluruh negara, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung Shin, mendakwa partinya memenangi 246 kerusi parlimen.

Seramai 5,643 calon yang mewakili lebih 90 parti bertanding untuk merebut 1,171 kerusi yang dipertandingkan.

Parlimen Myanmar (Pyidaungsu Hluttaw) terbahagi kepada 2 Dewan Negara (Amyotha Hluttaw) terdiri 224 anggota dan Dewan Rakyat (Pyithu Hluttaw) 440 kerusi.

NLD pimpinan Aung San Suu Kyi memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.