WHO akan dedah perincian penyelidikan asal-usul wabak Covid-19 di Wuhan

WHO akan dedah perincian penyelidikan asal-usul wabak Covid-19 di Wuhan

Pakar dari 10 buah negara dan institut tiba di China untuk menyertai pakar tempatan menjalankan kajian saintifik mengenai asal-usul wabak Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan mendalami kajian tentang kes Covid-19 yang terawal ditemui di Wuhan dan spesies haiwan yang mungkin terlibat dengan menggunakan kaedah penyelidikan seperti serum darah makmal dan antibodi. (Gambar AP)
BEIJING:
Sekumpulan saintis antarabangsa terdiri pakar dari 10 buah negara dan institut tiba di China untuk bersama-sama pakar tempatan menjalankan kajian saintifik mengenai asal usul wabak Covid-19 bermula Khamis.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Harris, ketika diwawancara wartawan CGTN memberikan butiran terperinci mengenai kandungan dan skala kajian yang akan dijalankan pasukan tersebut.

Jurucakap WHO Dr Margaret Harris.

Menurut beliau, pihaknya akan mendalami kajian tentang kes Covid-19 yang terawal ditemui di Wuhan dan pelbagai spesies haiwan yang mungkin terlibat dengan menggunakan kaedah penyelidikan seperti serum darah makmal dan antibodi.

Katanya, kajian secara teliti oleh pasukan kali ini memerlukan masa lebih panjang.

Selain itu, saintis akan berkongsi hasil keputusan serta data, melaksanakan sumbang saran, dan mengemukakan beberapa hipotesis penyelidikan .

Tambah beliau, lawatan ke China tidak mempunyai kaitan dengan politik sama seperti yang dimaklumkan ketua pengarah WHO sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.