PBB terima surat Myanmar minta campur tangan asing, kata jurucakap

PBB terima surat Myanmar minta campur tangan asing, kata jurucakap

R2P memberi bayangan bahawa campur tangan tentera asing sebagai langkah terakhir mencegah jenayah kekejaman besar-besaran.

Tunjuk perasaan dilakukan di Mandalay, Myanmar bagi membantah rampasan kuasa tentera Myanmar baru-baru ini.
NEW YORK:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima surat daripada Myanmar yang meminta campur tangan asing untuk menamatkan kekerasan yang dilakukan tentera negara itu, lapor Sputnik.

Perkara itu disahkan Jurucakap PBB Stephane Dujarric pada Isnin.

Minggu lalu, Utusan Parlimen Myanmar ke PBB, Dr Sasa, mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres meminta Majlis Keselamatan PBB campur tangan di bawah komitmen Tanggungjawab untuk Melindungi (R2P).

R2P memberi bayangan bahawa campur tangan tentera asing sebagai langkah terakhir untuk mencegah jenayah kekejaman besar-besaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.