Junta Myanmar dakwa Suu Kyi terima bayaran haram, emas

Junta Myanmar dakwa Suu Kyi terima bayaran haram, emas

Presiden Win Myint, dan beberapa menteri Kabinet, didakwa terbabit dalam rasuah serta memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya tidak bertindak terhadap laporan penyelewengan.

Aung San Suu Kyi masih dikenakan tahanan rumah di Myanmar. (Gambar AP)
NAYPYITAW:
Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi menerima bayaran haram berjumlah AS$600,000 dan emas ketika berada dalam kerajaan, kata jurucakap junta sambil menambah maklumat itu sudah disahkan dan ramai yang sedang disoal siasat.

Brigadier Jeneral Zaw Min Tun berkata, Presiden Win Myint, dan beberapa menteri Kabinet, turut terbabit dalam rasuah serta beliau memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya tidak bertindak terhadap laporan tentera mengenai penyelewengan.

Dakwaan itu paling berat yang dibuat tentera sejak ia menggulingkan pemimpin tertinggi negara itu 1 Feb lalu.

Mereka kini masih diletakkan di bawah tahanan rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.