Banjir di Australia, kira-kira 18,000 penduduk New South Wales dipindahkan

Banjir di Australia, kira-kira 18,000 penduduk New South Wales dipindahkan

Perdana Menterinya, Gladys Berejiklian meminta penduduk setempat supaya berwaspada, susulan hujan lebat dijangka berterusan.

Di New South Wales lebih 200 sekolah ditutup dan kebanyakan jalan raya turut terjejas. (Gambar AP)
MOSCOW:
Kira-kira 18,000 penduduk di New South Wales, Australia dipindahkan akibat banjir buruk yang dicetuskan hujan lebat, kata Perdana Menteri Gladys Berejiklian pada Isnin, lapor Sputnik.

“Sekitar 15,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka di Pantai Tengah-Utara. Di Nepean, wilayah Richmond Valley dan wilayah Hawkesbury, 3,000 penduduk dipindahkan setakat ini,” kata Berejiklian semasa taklimat.

Perdana Menteri menambah hujan lebat dijangka berterusan, meminta penduduk setempat supaya berwaspada.

Menurut Sydney Morning Herald, pihak berkuasa New South Wales telah membuka pusat pemindahan banjir sejak Jumaat. Lebih 200 sekolah ditutup dan kebanyakan jalan raya turut terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.